Hari ini hari Jumaat tujuh hari bulan satu bermakna sudah lima hari aku kembali ke sekolah , sangat macam macam perkara yang aku buat ye . Tapi aku bukan nak cerita pasal tu pun . Nak cerita pasal lain . Baca sahaja ok .
Ini hari lepas loceng sekolah berdering kencang fizik tamat kemas beg bagi salam baca doa cabutttt ! Ouh Sai pergi bilik guru bayar yuran kat Mama .
Lepastu baru kocoh kocoh kaki bergodek atas jalan tar dengan Saidatul Fahana dan Hidayah .
Jalan pantas , tak nak terlepas bas (:
Jalan punya jalan datang jembalang dari belakang.." Haaaaaahh !".
Hambek kau , tiba tiba . Keluar suara jantan Amerizuan . HAHAH ! :D
Jalan jalan jalan , sampai bustop terus naik bus . limapuluhseng sbb pakai uniform sekolah tercinta (:
--------------------------------------------------------------
Turun bas lintas jalan gedik gedik , eh sampai Leno . Masuk masuk ambik katelog buat muka ta malu tanya akak tu "ni ade tak?" *jari tunjuk kat benda alah tu .
Sungguh hampa dan kecewa dan hati merengek meraung bila jawapannya "takde lah dik.."
Haish ! dua kali dah aku pergi tapi takdok stock lagi .Kata haritu Rabu ni adelah . Guane nak niaga ni ? =='
Takpalah kaki kami melangkah menuju ke Redbook . Masuk dalam penuh harapan nak cari fail dan kertas kajang . Cari tengok letak semak perbandingan ambik bayar blahhh !
Lagi sekali kaki berfungsi kali ni menuju ke Watson , Hidayah beli apa yang dia nak lah . Haish sebok ! ;p
Hah lepas tu barulah menuju ke destinasi sebenar . Parappappappaa , I'm Lovin' It .!
Beraturlah tunggu giliran untuk perut tercinta ni . McChicken medium one set . *saya punya , mereka order sendiri (:
Naik atas , makan chit chat gosip gelak tawa suka duka riang gembira gegak gempita dan pencopet *sila guna kamus Amer .
Sangat banyak benda yang dibualkan , biasalah kalau perempuan duduk semeja ada saja yang akan dibicara . Kan kan .?
Tapi sangat have fun dengan mereka berdua . Terima kasih sayang sayang saya . (;