Jumaat, 24 Disember 2010

Tolong ingatkan Manira :)

Bismillahhirrahmanirrahim,


Dengan menyampaikan sesuatu yang tidak baru pada kalian buat saya tidak kekok untuk memberitahu tentang agama kita (Islam) mengajar kita cara memberi salam dan menjawab salam dengan betul .

Jika seseorang itu memberi salam kepada kita :
Assalamualaikum
Maka hendaklah kita menjawab :
Waalaikummussalam Warahmatullah
Manakala jika seseorang itu memberi salam :
Assalamualaikum Warahmatullah
Jawablah dengan :
Waalaikummussalam Warahmatullahiwabarakaatu
Ada juga yang gemar membari salam :
Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakaatu
Cukuplah sekadar menjawab :
Waalaikummussallam Warahmatullahhiwabarakaatu

Salam bukanlah sesuatu perkara yang susah untuk dilakukan , malah jika kita menjawab salam juga ada ganjaran pahalanya selain kita mendoakan kesejahteraan orang .
Namun , janganlah kita sebagai umat Islam member salam kepada yang bukan Islam .

Pertama: Dari Abu Hurairah (radiallahua’anh) Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda yang maksudnya; “Janganlah memulakan ucapan salam kepada Yahudi dan Nasrani dan jika kamu bertemu dengan mereka di perjalanan, tolaklah mereka ke arah sudut yang sempit”. (Hadis Muslim)
Kedua: Dari Qatadah, dari Anas bin Malik (radiallahua’anh) bahawa sahabat Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) telah bertanya kepada baginda: “Bahawa ahli kitab (Yahudi dan Kristian) memberi salam kepada kami, maka bagaimana kami membalasnya? Baginda menjawab: Jawablah dengan ucapan wa’alaikum”. (Hadis Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan Ibn Majah)
Wallahualam.

Memperingati kau dan aku :)
InsyaAllah .