Tidaklah lama . Tidaklah baru . Semalam cuma . Apakah ia ? Cerita seorang rakan melakukan lamaran .
Bagai mana keputusannya ? Gagal .
Kurang maniskah ayatnya ? Gagap kah ? Memaksakah ? Aku sendiri tidak tahu kenapa kerana aku hanya tahu yang dia ingin melamar . melamar . ditolak . Itu sahaja . Tidaklah aku tahu ayatnya seperti apa . Dengan cara apa dia lakukan dan sebagainya . Gadis sunti yang ingin dimiliki sebenarnya pernah dimiliki sekali . Tetapi gagal atas kerana kebodohan perangainya sendiri sehingga si gadis mula tidak mempercayainya . Jadi ini adalah kes jilat ludah . Perkara biasa sahaja . Manusia .
Dia mula bertekad tidak melakukan hal bodoh tu oleh kerana terlalu menginginkan si gadis . Tetapi bukan atas dasar ini sahaja , dia sendiri bertekad untuk tidak melakukan . *Aku berdoa agar dia pulih dan apa yang dia mahu tercapai .
Si gadis impiannya memang menjadi pilihan hati dia sehingga katanya mahu dijadikan bini .
Sungguh manis . :)
Dia sudah mencuba lagi selepas ditolak . Jawapan si gadis tetap sama .
Jadi,
Apa yang sebenarnya cerita aku adalah dimana saat selepas ditolak .
Air mengalir.
Lelaki yang baru tahu erti cinta .
Aku bukan mahu memalukan dia . Tetapi buat aku tahu yang cinta memang buat semua orang mempunyai suatu perasaan aneh .
Nah , aku mula menasihatinya agar dia tidak melakukan perkara bodoh oleh kerana tidak diterima begini . Mujur dia tidak membantah . Dan lagi aku berharap agar dia akan terus mencuba .
Aku yakin si gadis juga masih punya perasaan pada si polan . Hanya kerana masih belum mempercayai si polan selepas kejadian itu membuatkan cinta si polan ditolak . * aku rasa .
Si polan yang pelik .
Kenapakah ?
Lagu techno yang biasa membuatkan kepala goyang , badan terkinja kinja , tangan dilangit seperti memahimi sesuatu bisa membuat air mata si polan jatuh .
Bolehkah kau bayang orang seperti si polan menghayati lagu techno macam mana ?
Mungkin dia terlalu sedih atas kejadian dia ditolak dan membuatkan dia terbawa-bawa untuk menangis .
Ini telah membuatkan aku lagi sedar cinta membuatkan orang tidak sedar keadaan sekeliling .
Maka cinta adalah pekak bisu tuli .